Jika sekitar dua minggu lalu Apple telah melancarkan iPhone SE secara rasmi, nampaknya Apple kini sedang memfokuskan kepada pengeluaran beberapa lagi model iPhone terbaru yang dijangka bakal dilancarkan pada akhir tahun ini.

Menurut ura-ura yang dikongsikan oleh @jon_prosser selaku individu yang mengongsikan tarikh pelancaran iPhone SE dengan lebih awal sebelum ini, siri iPhone 12 bakal dilancarkan sebanyak empat model mengikut saiz skrin yang berbeza.

Empat model yang diumumkan ini hadir dengan saiz skrin 5.4-inci, 6.1-inci dan 6.7-inci dimana kesemua ini dijangka bakal disertakan dengan paparan OLED. Bukan itu sahaja, Apple juga dijangka bakal menyertakan spesifikasi yang lebih canggih dengan penggunaan processor Apple A14 beserta sokongan rangkaian 5G.

EW30itdVcAA0Fin

Apa yang menarik perhatian ramai mengenai ura-ura ini sudah pastinya harga permulaan iPhone 12 yang bermula daripada $649 (RM2,789.40). Sekiranya ura-ura ini menjadi kenyataan, nampaknya harga pemulaan iPhone 12 adalah lebih rendah berbanding harga pelancaran iPhone 11.

Untuk pengetahuan, harga yang diumumkan bukanlah harga rasmi. Harga yang sedikit tinggi antara yang dijangkakan daripada Apple. Walau bagaimanapun sekiranya Apple menawarkan harga pemulaan sekitar $649, para pengguna berpeluang mendapatkan iPhone model terbaru dengan harga yang lebih rendah pada tahun ini.

Ketahui juga mengapa iPhone SE mampu menjadi pencabar terhebat buat model Android yang lain berdasarkan harga yang ditawarkan.

iPhone SE 2020 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Serendah RM1,999

5 Sebab iPhone SE Berharga RM1,999 Mampu Tewaskan Pencabar Apple Yang Lain