Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Mulai diumumkan pada atur cara rasmi pada 14 Oktober lalu, orang ramai nampaknya sudah tidak sabar untuk menjadi yang terawal mendapatkan model terbaru daripada Apple iaitu siri iPhone 12.

Menerusi model pada kali ini, Apple membawakan rekaan yang serba baharu, penggunaan processor Apple A14 Bionic serta dilengkapi dengan rangkaian internet 5G sekaligus membuatkan model ini berbaloi untuk digunakan pada tempoh yang panjang.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Terbaharu, Switch selaku pengedar rasmi Apple di Malaysia mengumumkan para pengguna berpeluang menempah iPhone 12 dan 12 Pro secara pra-tempahan bermula 6 November 2020.

Laman Digi seterusnya turut mengongsikan tarikh penawaran rasmi siri terbaru iPhone 12 di Malaysia dimana para pengguna boleh mendapatkannya secara rasmi pada 13 November ini.

ezgif-6-9f870812f17c

Sumber: Mashable

Apple iPhone 12 sedia ditawarkan pada harga RM3,899 bagi storan 64GB manakala iPhone 12 Pro pula hadir dengan harga bermula daripada RM4,899. iPhone 12 Pro Max dengan storan tertinggi pula bakal dijual pada harga RM6,699.

Dijangka syarikat telekomunikasi lain pada turut mengikuti jejak langkah Digi dalam menawarkan pengguna pakej menarik dalam mendapatkan iPhone 12 dan 12 Pro.

Tonton juga ketahanan iPhone 12 dan iPhone 12 Pro apabila diuji pada ketinggian pada paras 10 kaki.

Tonton ‘Ketahanan’ iPhone 12 Apabila Dilepaskan Pada Ketinggian 10 Kaki

Apple Dilaporkan Menggunakan Cip Snapdragon Pada iPhone 12

Anda Mungkin Suka