Bermula dengan sekadar ura-ura diikuti dengan pelancaran Apple iPad dan Apple Watch terbaru, siapa sangka model terbaru Apple iPhone juga bakal mengikuti trend yang sama dengan tidak lagi menawarkan palam pengecasan bersama.

Difahamkan ‘usaha’ Apple untuk tidak lagi menawarkan palam pengecasan dan EarPods bersama model keluaran iPhone 12 adalah sebagai salah satu cara Apple selamat bumi dengan mengurangkan penggunaan karbon.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

EkOf3eqVcAEuqK5

EkOo-1QUcAAyCVq

Selain itu, ketiadaan palam pengecasan dan EarPods secara tidak langsung membolehkan Apple mengurangkan kos pengeluaran sesebuah iPhone 12 sekaligus menawarkan harga yang lebih kompetitif buat para pengguna.

Langkah yang dibuat Apple ini mungkin kurang menyenangkan ramai melihatkan para pengguna nampaknya terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan palam pengecas yang pastinya keperluan untuk setiap telefon pintar.

Sebelum ini, dilaporkan Samsung berkemungkinan mengikuti trend yang sama untuk tidak lagi menyertakan charger

Selepas Apple, Samsung Dijangka Tidak Sertakan ‘Charger’ Bersama Telefon Pintar

Apple Umumkan Barisan Model Terbaharu Apple Watch Dan iPad