Sekiranya sebelum ini Apple berjaya membuatkan orang ramai teruja dengan pengenalan warna baharu iaitu Midnight Green pada iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max, jenama ini dijangka bakal memperkenalkan sebuah lagi warna baharu pada tahun ini.

Bermula dengan sekadar ura-ura, laporan daripada iMore mengetakan Apple sedia memperkenalkan warna baharu iaitu Navy Blue sempena pelancaran iPhone 12. Bagi membuatkan warna ini tampil lebih eksklusif, warna Navy Blue ini dijangka bakal menggantikan warna Midnight Green.

Belanjawan 2020
HYPE
5 Pencapaian Cemerlang Negeri Selangor Di Bawah Pimpinan Amirudin Shari
Baca lagi →
81043E99-9848-46A3-9EAA-159C1AD3A065

Sumber: Everything Apple Pro

C33310FA-F1A6-4AAB-B70A-8F71E2C15BAC

Sumber: Everything Apple Pro

Melihat kepada keghairahan orang ramai untuk mendapatkan warna eksklusif Midnight Green pada iPhone 11 Pro sebelum ini, tidak mustahil model dengan warna baharu ini bakal mengulangi skrip yang sama.

Sekiranya anda merupakan peminat warna Navy Blue yang tampak lebih cool dan sesuai digayakan bersama pakaian seharian anda, mungkin kehadiran iPhone 12 antara yang perlu anda nantikan.

Tular baru-baru ini apabila muncul telefon pintar yang menggunakan jenama Lenovo menghasilkan sebuah model mirip iPhone 11 Pro dengan harga yang rendah. Turut dikongsikan, rekaan konsep iPhone 12 Pro yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

‘Lenovo’ Hasilkan Model Mirip iPhone 11 Pro Dengan Harga Serendah RM230 Sahaja

Tonton Rekaan Konsep iPhone 12 Pro Yang Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Anda Mungkin Suka