Sudah menjadi lumrah setiap tahun Apple bakal melancarkan model terbaru iPhone pada setiap tahun bulan September. Tradisi ini nampaknya bakal sedikit berbeza pada tahun ini apabila Apple dijangka tidak akan melancarkan model flagship iPhone pada tahun ini.

Menurut laporan Nikkei, Apple mungkin akan menangguhkan pelancaran siri iPhone 12 pada bulan September ini berikutan penularan wabak COVID-19.

iPhone-12-Navy-Blue-color-option-2-1
Warna Navy Blue antara yang bakal menjadi warna baharu pada siri iPhone 12. Sumber: WCCFtech

Meskipun penularan wabak ini berjaya ditamatkan sebelum bulan September, keadaan ekonomi dunia serta orang ramai yang terjejas teruk akibat COVID-19 kemungkinan bakal memberi kesan besar kepada penjualan siri iPhone 12.

Selain itu, Apple juga dikatakan mengalami masalah utnuk menghasilkan prototaip kerana gagal untuk diterbangkan ke negara China.

iphone-12-navy-blue
Sumber: Pocketnow

Melihat kepada pelbagai acara besar yang dibatalkan dan ditangguhkan pada tahun ini, tidak mustahil Apple bakal melancarkan model flagship terbaru mereka seawal tahun hadapan. Model terbaru iPhone ini dijangka bakal menawarkan sistem kamera yang lebih baik serta kuasa pemprosesan yang terbaik pernah dihasilkan Apple.

Apple sebelum ini dijangka bakal memperkenalkan iPhone 9 dengan harga di bawah RM2,000 walau bagaimanapun terpaksa ditangguhkan pelancaran berikutan wabak COVID-19.

Ini Mungkin Rekaan iPhone 9 Yang Bakal Dijual Dengan Harga Di Bawah RM2,000

Apple Kongsi 6 Gambar ‘Night Mode’ Terbaik Yang Dirakam Hanya Dengan iPhone

Sumber