Umum tahu, Apple sememangnya sebuah syarikat yang cekap dalam membuat keuntungan serta mempunyai jumlah pembeli yang tinggi untuk setiap model iPhone yang dikeluarkan.

Menerusi pelancaran iPhone terbaru pada hujung tahun ini, Apple nampaknya mungkin lari daripada kebiasaan dengan tidak lagi menawarkan Apple EarPods di dalam kotak bersama model terbaru iPhone.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Laporan yang dikeluarkan oleh Ming-Chi Kuo ini menyatakan kotak terbaru iPhone terbaru nampaknya sekadar dilengkapi dengan sebuah iPhone serta pengecas sahaja.

Hal ini secara tidak langsung turut mendesak pengguna untuk berbelanja lebih dalam mendapatkan Apple EarPods atau AirPods yang sekaligus meningkatkan keuntungan Apple.

Dalam perkembangan lain, siri iPhone 12 mungkin dilancarkan seawal bulan Oktober ini iaitu lewat sebulan daripada kebiasaan berikutan wabak COVID-19.

Ura-ura mengatakan iPhone 12 bakal ditawarkan dengan harga sekitar RM2,749 sahaja. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Apple iPhone 12 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Sekitar RM2,749?

5 Sebab iPhone SE Berharga RM1,999 Mampu Tewaskan Pencabar Apple Yang Lain

Anda Mungkin Suka