Sejak siri iPhone 12 dilancarkan secara rasmi, model keluaran Apple pada kali ini menjadi buah mulut orang ramai setelah Apple menyatakan ‘keberanian’ mereka untuk tidak menyertakan pengecas atau charger bersama dalam usaha untuk menjaga alam sekitar.

Walau bagaimanapun, orang ramai seolah membiasakan diri dengan ‘inovasi’ yang dibuat Apple sekaligus membuatkan jualan siri Apple iPhone 12 disambut dengan baik. Malah, jenama Samsung juga dilaporkan bakal mengikuti trend yang sama tidak lama lagi.

0eb3d09b

Sumber: reviewgeek

Terbaharu, soal jawab terbaru di laman Apple seolah memberi bayangan model keluaran selepas ini mungkin tidak lagi dilengkapi dengan kabel USB. Soal selidik yang dibuat bertanyakan kepada pengguna sama ada adakah pengguna menggunakan kabel USB yang didatangkan bersama atau sebaliknya.

Selain itu, soal selidik mengenai tahap kepuasan pengguna terhadap Face ID turut ditanyakan. Berdasarkan ura-ura sebelum ini yang menyatakan Apple iPhone 13 mungkin hadir tanpa sebarang port, ketiadaan kabel USB bersama telefon pintar berkemungkinan besar bakal menjadi kenyataan.

iphone12magsafe

Sumber: macrumors

Sekiranya Apple benar-benar mahu menghasilkan iPhone 13 tanpa sebarang port, berkemungkinan besar para pengguna perlu membeli dan menggunakan Apple Magsafe untuk mengecas iPhone secara wireless selepas ini.

Lebih aneh, pengeluar ini menghasilkan iPhone 12 Pro yang dikatakan lebih premium tanpa penawaran kamera.

Ditawarkan Tanpa Kamera, iPhone 12 Pro Edisi ‘Khas’ Ini Dijual Dengan Harga RM27,479

Baru Sahaja Ditawarkan, iPhone 12 Dilaporkan Alami Masalah Bateri Cepat Habis

Anda Mungkin Suka