Berikutan pelancaran Samsung Galaxy S10 dan Huawei P30 Pro baru-baru ini, nampaknya kini tiba giliran untuk menantikan Apple iPhone terbaru.

Berdasarkan laporan daripada Ming-Chi Kuo, model terbaru Apple iPhone terbaru bakal mengikuti trend yang sama dimana ianya bakal dilengkapi dengan teknologi pengecasan dua hala. Dalam erti kata lain, model terbaru ini bakal dilengkapi dengan wireless charging bagi memudahkan anda mengecas telefon pintar lain dan Apple AirPods.

huawei
HYPE
Tingkatkan Produktiviti Bekerja, Ketahui Bagaimana 3 Produk Hebat HUAWEI Ini Dapat Membantu
Baca lagi →

Selain itu, Apple dikatakan bakal menyertakan saiz bateri yang lebih besar sempena model terbaru mereka. Kapasiti bateri yang sehingga 25% lebih besar antara yang dijangkakan. Agak menarik untuk menyaksikan adakah Apple iPhone terbaru mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang apabila dipadankan bersama iOS 13.

Anda Mungkin Suka