Sekiranya anda mengikuti perkembangan syarikat Apple, pastinya anda cukup kenal dimana syarikat ini tidak terlalu ghairah dalam menjadi terawal dalam mengeluarkan sesebuah inovasi.

Berikutan hype serta inovasi yang dibawakan Huawei P20 Pro, nampaknya skrip yang sama bakal berulang sekali lagi apabila Apple dikatakan berminat untuk mengeluarkan iPhone dengan tiga kamera di bahagian belakang seawal tahun hadapan.

[caption id="attachment_145478" align="alignnone" width="860"]huawei_p20_pro_4 Huawei P20 Pro berjaya menjadi smartphone terawal dengan penggunaan tri-kamera[/caption]

Berdasarkan penawaran tiga kamera ini, Apple berpeluang menawarkan keupayaan zoom yang lebih baik. Kadar pencahayaan berdasarkan penggunaan sensor terbaru bakal turut membolehkan pengguna mendapatkan gambar yang lebih terang meskipun diambil pada keadaan cahaya malap.

Setakat ini, kemungkinan besar model iPhone dengan tiga kamera ini bakal dilancarkan seawal 2019. Sempena tahun ini, para pengguna kemungkinan Apple bakal mengumumkan model seakan iPhone X namun hadir dengan versi Plus yang lebih besar.

iPhone-X-1-4

Sekiranya Apple mula serius dalam menyertakan tiga kamera pada bahagian belakang, kemungkinan besar perkara ini sekali lagi menjadi trend pada smartphone sepertimana penyertaan notch pada smartphone.