Mula dilancarkan pada akhir 2014, iPhone 6 masih lagi menjadi kegunaan ramai pengguna iPhone sehingga kini. Pada tahun lalu Apple turut memperkenalkan iPhone 6 32 GB yang ditawarkan dengan harga mampu milik.

Bersempena dengan promosi terbaru, model ini turut menerima diskaun sebanyak RM700 dimana anda boleh dapatkan model ini hanya dengan harga RM1,299. Promosi yang boleh tahan menarik bukan?

Screen Shot 2018-04-02 at 12.12.31 PM

Dari segi spesifikasi, iPhone 6 hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci Retina HD dan menggunakan processor Apple A8 beserta RAM 1 GB.

Kamera 8-Megapixel yang tersedia buat iPhone 6 boleh dikatakan masih releven untuk digunakan berdasarkan tanda yang ditawarkan. Selain itu, Apple iPhone 6 masih lagi menyokong iOS terbaru daripada Apple iaitu iOS 11.

apple-iphone-6-plus-review-screen-angle-2-2

Adakah berbaloi? Sekiranya anda seorang yang bukan heavy user dan mahukan smartphone yang menjalankan iOS, mendapatakn Apple iPhone 6 32 GB sudah cukup memadai untuk kegunaan harian. Jika anda sudah terbiasa dengan smartphone Android, kemungkinan besar lebih banyak pilihan boleh didapatkan berdasarkan budget yang sama. Promosi ini sedia ditawarkan di rangkaian Switch dan Machines sementara stok masih ada.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤