Beberapa minggu yang lepas, China dan Taiwan antara negara yang terawal untuk mula memasarkan Apple iPhone 32 GB. Pada hari ini, Switch akhirnya memberi jawapan dimana mereka bakal menjadi antara yang awal untuk menjual Apple iPhone 6 32 GB untuk pasaran tempatan.

Untuk pengetahuan anda, Apple iPhone 6 pada sebelum ini cuma ditawarkan pada ruang storan 16 GB, 64 GB dan 128 GB sahaja. Kehadiran model iPhone 6 32 GB dilihat sebagai langkah baik buat Apple mendapatkan penjualan model terduhulu ini sekaligus menyertakan ruang storan yang tidak terlalu sedikit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada pendapat kami kehadiran model iPhone 6 dengan storan 32 GB ini bakal memberi pilihan buat mereka yang ingin mendapatkan iPhone dengan budget kurang daripada RM2,000. Sebelum ini Switch turut menurunkan harga iPhone SE 16 GB yang kini dijual dengan harga RM1,949.

Pembelian iPhone 6 32 GB boleh dibeli di sini melalui laman web rasmi Switch Malaysia. Setakat ini, cuma warna gold yang ditawarkan.

Dikhabarkan penurunan harga ini sebagai langkah Apple untuk mengurangkan bilangan stok model-model sebelum ini serta memberi laluan untuk Apple iPhone terbaru yang bakal dilancarkan pada September 2017 ini.

Sumber