Apple iPhone sememangnya terkenal dengan pengeluaran modelnya yang premium. Begitu juga dengan harganya. Dalam pada itu, sudah menjadi tradisi buat jenama ini mengurangkan harga model sebelumnya sama ada sebelum atau selepas mengeluarkan model terbaru.

Sebelum ini Apple pernah mengumumkan penurunan harga sehingga RM500 diskaun buat model terbaru mereka iaitu Apple iPhone 7 dan 7 Plus. Untuk Apple iPhone 6 pula, Switch dan Machines yang pada sebelum ini menawarkan model 32 GB pada harga RM1699 kini sekali mengurangkan harganya kepada RM1499.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun model ini sudah mencecah 3 tahun dan sedikit lama, boleh kami kata katakan penawaran diskaun pada kali ini sangat sesuai buat anda yang sudah lama idamkan untuk mendapatkan sebuah Apple iPhone.

Dari segi sistem operasi, kedua-duanya masih menyokong iOS 10 seperti yang digunakan pada model terbaru iPhone ketika ini. Lebih menarik, Apple turut mengumumkan Apple iPhone 6 bakal turut menerima kemaskini iOS 11 tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Lazada turut menawarkan tawaran diskaun yang hampir sama dimana anda boleh dapatkan iPhone 6 32GB dengan harga RM1429 sahaja. Anda boleh dapatkannya di sini.

Sangat sesuai dibeli buat anda yang tidak selalu menggunakan smartphone untuk kerja multitasking yang berat dan tidak berminat dengan smartphone yang menggunakan sistem operasi Android.

Sumber