Setiap kali lancarnya kemas kini iOS terbaru daripada Apple, pastinya ramai peminat yang teruja untuk mengetahui perubahan terbaru yang ditawarkan.

Dalam pada itu, terdapat juga peminat yang terpaksa melupakan hasrat untuk mendapat kemas kini terbaru ekoran model yang digunakan tidak lagi menyokongnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi pengumuman terbaru Apple mengenai iOS 17, syarikat ini telah berkongsi 20 model iPhone yang menyokong iOS 17.

Sumber: 9to5Mac

Antara model yang baru sahaja berhenti menerima kemas kini terbaru ini adalah iPhone 8, 8 Plus dan X di mana ketiga-tiga model ini dijana dengan processor Apple A11 Bionic serta dilancarkan secara rasmi pada tahun 2017.

Dalam erti kata lain, model iPhone keluaran tahun 2018 dan ke atas sedia menerima kemas kini iOS 17 seperti biasa.

Sekiranya terdapat pengguna yang mahu terus mendapat kemas kini terbaru daripada Apple, mungkin beralih kepada model yang lebih baharu antara pilihan yang tersedia.