Sekiranya anda masih ingat pada tahun lalu Apple berjaya mencetus fenomena apabila mengumumkan iPhone 7 dan 7 Plus warna merah hasil kolaborasi bersama (PRODUCT)RED™. Pada tahun ini, kolaborasi ini diteruskan buat kali ke-11 bersama.

Berbeza pada tahun lalu, Apple seolah mengikut saranan orang ramai untuk mengeluarkan warna merah ini dengan padanan iPhone bewarna hitam berbanding putih seperti tahun lalu. Pada kami ianya kelihatan sangat sexy dengan padanan merah hitam.

25594-35070-iPhone8-iPhone8PLUS-PRODUCT-RED_front-back_041018-l

Untuk pengetahuan anda RED atau lebih dikenali sebagai (PRODUCT)RED merupakan sebuah pertubuhan untuk meningkatan kesedaran orang ramai serta mengumpul dana untuk merawat pesakit HIV dan AIDS di Afrika.

Kerjasama Apple bersama RED Product sekaligus membolehkan pembeli membeli sambil beramal dengan mendapatkan Apple iPhone 8 dengan pilihan warna merah.

Screen Shot 2018-04-09 at 9.09.45 PM

Buat anda yang sedang bercadang untuk mendapat iPhone 8 dan iPhone 8 Plus, kehadiran warna baru ini pastinya membolehkan anda membuat lebih banyak pilihan.

Anda boleh mula membuat tempahan iPhone 8 dan 8 Plus dengan pilihan warna merah ini bermula 10 April 2018 ini. Nak tahu apa yang lebih best? Tiada sebarang perbezaan harga buat iPhone (PRODUCT)RED™ berbanding iPhone dengan warna-warna yang lain.