Sebut mengenai produk Apple pastinya ramai yang cukup tahu dimana produk keluaran syarikat ini sememangnya hadir dengan harga yang premium.

Walau bagaimanapun, Apple dikatakan bakal mengeluarkan model mampu milik seawal Mac tahun hadapan melalui model Apple iPhone 9. Bakal ditampilkan sebagai generasi kedua iPhone SE, model terbaru ini dikatakan bakal ditawarkan dengan processor yang sama seperti iPhone 11 Pro iaitu Apple A13 Bionic.

apple_iphone_8_review_-_logo
Sumber: Expert Reviews

Dari segi rekaan, difahamkan Apple iPhone 9 bakal menggunakan kerangka iPhone 8 bagi mengekalkan ciri telefon pintar bersaiz kecil. Dalam erti kata lain, model ini bakal hadir dengan saiz skrin 4.7-inci. Fungsi TouchID antara yang tersedia pada model ini.

Seperkara lagi yang membuatkan orang ramai teruja adalah harga yang bakal ditawarkan pada model terbaru daripada Apple ini. Menurut Ming-Chi Kuo daripada Mac Rumors, Apple iPhone 9 dijangka mula ditawarkan dengan harga serendah $399 (RM1,670.01) untuk ruang storan 64GB.

142612-phones-review-apple-iphone-8-review-image2-lxeovtffwb
Sumber: pocket-lint

Harga yang diumumkan berdasarkan ura-ura ini pada kami dilihat begitu rendah memandangkan iPhone 8 yang ditawarkan kini dengan processor Apple A11 sahaja menjangkau RM2,199. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana Apple mahu kurangkan kos dalam meningkatkan penjualan iPhone 9 yang dilengkapi processor Apple A13.

Sekiranya Apple berjaya menawarkan model ini dengan harga pada paras di bawah RM2,000, kami yakin model ini bakal dijual dengan laris. Penawaran harga yang mampu milik, penggunaan processor terbaru serta saiznya yang mudah dipegang antara yang membuatkan orang ramai teruja untuk memilikinya.

Model terbaru iPhone ini dijangka bakal diperkenalkan kepada umum seawal Mac ini. Difahamkan model-model ini hanya ditawarkan di beberapa negara terpilih. Harapnya Malaysia dipilih sebagai antara negara yang menawarkannya melihatkan jumlah pengguna iPhone yang ramai.

Sementara menantikan Apple iPhone 9, kami kongsikan kepada kehebatan iPhone 11 Pro yang berjaya membuatkan orang ramai teruja.

Lihat Masjid RM100 Juta Sri Sendayan Seremban Yang Diambil Dengan iPhone 11 Pro

Tonton Kehebatan Kualiti Video Apple iPhone 11 Pro Dalam Rakaman 4K

 

Sumber