Apple iPhone XS dan XS Max mungkin baru sahaja dilancarkan, namun ura-ura mengenai masa depan iPhone telahpun tertiris. Berdasarkan laporan terbaru, difahamkan Apple iPhone keluaran tahun 2020 mungkin bakal disertakan dengan rangkaian 5G.

Penawaran rangkaian 5G ini juga telahpun menjadi topik hangat dikalangan jenama telefon pintar yang lain setelah Vivo baru-baru ini berjaya menjadi antara pengeluar telefon pintar terawal menyertakan rangkaian 5G. Pada model iPhone, difahamkan Intel antara syarikat yang bakal menawarkan komponen bagi sokongan 5G.

Sumber: CNET

Walaubagaimanapun, berita ini mungkin tidak terlalu membuatkan pengguna di Malaysia teruja kerana penawaran rangkaian 5G yang masih lagi jauh daripada implementasi secara meluas. Malah, difahamkan terdapat kawasan yang masih gagal mendapat rangkaian 4G sehingga kini.

Baca lagi: Kelajuan Internet iPhone Dilaporkan Lebih Lembab Berbanding Samsung

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →