Sekiranya anda kerap membeli produk rasmi daripada Apple kami yakin anda cukup kenal dengan kedai bernama Switch. Penawaran produk Apple yang asli yang antara yang ditawarkan pada gedung ini.

Terbaru, Switch cawangan MyTown KL telah mengumumkan mereka akan melakukan jualan gudang bermula 2 sehingga 4 Mac 2018 ini. Pelbagai produk merangkumi Apple TV, iPhone, Macbook dan beberapa aksesori lain bakal ditawarkan dengan harga yang rendah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

28278966_10155493534888651_5957146286426934153_n

28167737_10155493534838651_4169061379745467195_n

Antara yang mencuri perhatian kami sudah pastinya penjualan Apple iPhone yang dibawah paras harga pasaran dimana anda berpeluang mendapatkan iPhone 5S 16 GB dengan harga serendah RM200 sahaja. Selain itu, anda turut berpeluang mendapatkan Apple iPod Shuffle 2GB pada harga serendah RM30.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan produk Apple yang ditawarkan, kami cadangkan untuk anda datang dengan lebih awal ke Switch untuk meningkatkan peluang mendapatkan produk yang diingini. Jumlah pengunjung yang ramai antara yang dijangkakan.