Buat anda yang sedang menantikan atau menabung sempena Apple iPhone 7, penantian anda bakal tamat.

Evan Blass, nama yang tidak asing lagi dalam arena telefon pintar pada hari ini mengumumkan Apple iPhone bakal dilancarkan pada 12 September 2016. Meskipun ini bukanlah tarikh rasmi daripada Apple, boleh dikatakan hampir kesemua ura-ura atau leak Evan Blass boleh dikatakan hampir tepat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Para pengguna sekitar US jika boleh memulakan membuat pra tempahan seawal 9 September 2016 dan bakal menerima iPhone terbaru ini seawal 16 September. Hari yang sama iPhone mula dijual secara retail.

iphone-7-release-date-september-2016-1

Tidak seperti Apple iPhone sebelum ini, warna space grey yang begitu ikonik bat pengguna Apple bakal ditamatkan. Sebaliknya, Apple bercadang untuk menggantikannya dengan warna deep blue atau space black.

Dalam pada itu, masih menjadi tanda tanya apakah Apple iPhone 7 dan 7 Plus bakal hadir dengan kamera yang sama atau sebaliknya. Beberapa laman web terkemuka mengatakan kemungkinan Apple iPhone 7 Plus bakal hadir dengan dual-camera serta fungsi optik yang lebih jelas. ‘iPhonegrapher’ pasti suka.

Sumber