Selepas hampir empat tahun Apple memperkenalkan rekabentuk terbaru bermula dengan Apple iPhone 6, nampaknya masih ramai lagi peminat iPhone yang berminat dengan rekaan lama iPhone yang tampak lebih classy dan ikonik.

Berdasarkan ura-ura terbaru daripada AppleInsider, Apple iPhone SE versi terbaru yang sebelum ini dikaitkan dengan rekaan iPhone X dikatakan bakal hadir dengan rekaan yang hampir sama seperti sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Rekaan konsep Apple iPhone SE

Apple juga bakal menyertakan teknologi TouchID seperti sebelum ini namun tidak lagi menyertakan headphone jack. Dalam erti kata lain, pengguna masih berpeluang mendapatkan model iPhone terbaru dengan spesifikasi terkini dengan rekabentuk yang hampir sama seperti iPhone SE.

Processor A10 Fusion beserta RAM 2 GB antara yang bakal disertakan buat Apple iPhone SE terbaru ini bagi menjanjikan kelancaran penggunaan serta menjamin kelangsungan versi iOS yang berpanjangan pada masa akan datang.

iphone-se-4

Dikatakan model terbaru Apple ini bakal dilancarkan seawal bulan hadapan iaitu pada bulan Mei 2018. Sekiranya anda sedang mencari smartphone terbaik dengan saiz skrin yang tidak kecil (4.2-inch), mungkin model terbaru Apple iPhone SE ini antara yang perlu nantikan.

Sumber