Sejurus selepas pelancaran rasmi Apple iPhone XR, XS dan XS Max, Apple nampaknya telahpun menamatkan penjualan bagi Apple iPhone SE, X dan 6s.

Difahamkan penamatan penjualan bagi iPhone SE dan iPhone 6s dibuat memandangkan kedua-dua model ini semakin kurang releven untuk digunakan selepas beberapa tahun dilancarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

dims

Lain pula nasib Apple iPhone X yang mana model ini telahpun ditamatkan pengeluaran meskipun baru setahun dipasaran. Meskipun membarisi antara model yang tercanggih ketika ini, penamatan model ini bakal membuka peluang buat Apple untuk menawarkan model iPhone XS dan XS Max yang merupakan penambahbaikan kepada model iPhone X.

Nampaknya Apple iPhone X yang sebelum ini ditawarkan dengan harga yang premium berjaya menjadi eksperimen yang menjadi buat Apple setelah model ini antara model yang laris dijual. Buat anda yang mahu mendapatkan model terbaru Apple, model terbaru yang ditawarkan terdiri daripada iPhone XR, XS dan juga XS Max.

104707061-RTX3FYCV.1910×1000

Berdasarkan info terbaru, penjual sedia ada telah mula menawarkan Apple iPhone X dengan harga RM4,299 bagi model 64 GB manakala model 256 GB ditawarkan pada harga RM4,999.