Sebut mengenai produk Apple pastinya ramai yang cukup tahu dimana produk keluaran syarikat ini sememangnya hadir dengan harga yang premium.

Walau bagaimanapun, Apple dikatakan bakal mengeluarkan model mampu milik seawal Mac tahun hadapan melalui model Apple iPhone SE2. Bakal ditampilkan sebagai generasi kedua iPhone SE, model terbaru ini dikatakan bakal ditawarkan dengan processor yang sama seperti iPhone 11 Pro iaitu Apple A13 Bionic.

Screen-Shot-2018-01-08-at-6.49.39-PM
HYPE
Bertekak Gara-Gara Nak Beli Rumah Kedua, Apa Kena Pula Awal & Scha Ni?
Baca lagi →
iPhone 8 Product Red

Sumber: Cnet

Dari segi rekaan, difahamkan Apple iPhone SE2 bakal menggunakan kerangka iPhone 8 atau dalam erti kata lain model ini bakal hadir dengan saiz skrin 4.7-inci. Fungsi TouchID antara yang tersedia pada model ini.

Seperkara lagi yang membuatkan orang ramai teruja adalah harga yang bakal ditawarkan pada model terbaru daripada Apple ini. Menurut Ming-Chi Kuo daripada Mac Rumors, Apple iPhone SE2 dijangka mula ditawarkan dengan harga serendah $399 (RM1,670.01) untuk ruang storan 64GB.

142612-phones-review-apple-iphone-8-review-image2-lxeovtffwb

Sumber: pocket-lint

Sekiranya Apple berjaya menawarkan model ini dengan harga pada paras di bawah RM2,000, kami yakin model ini bakal dijual dengan laris. Penawaran harga yang mampu milik, penggunaan processor terbaru serta saiznya yang mudah dipegang antara yang membuatkan orang ramai teruja untuk memilikinya.

Sementara menantikan Apple iPhone SE2, kami kongsikan kepada kehebatan iPhone 11 Pro yang berjaya membuatkan orang ramai teruja.

Tonton Kehebatan Kualiti Video Apple iPhone 11 Pro Dalam Rakaman 4K

Ini Mungkin Rekaan Apple iPhone Keluaran 2020

 

Anda Mungkin Suka