Teknologi dwi-sim bukanlah sesuatu yang baru di dalam arena telefon pintar. Malah, teknologi ini sudah hampir 10 tahun diperkenalkan. Bagi telefon pintar flagship, dapat dilihat teknologi ini semakin diterima serta mula disertakan pada beberapa jenama.

Terbaru, dikatakan Apple bakal menyertakan menyertakan teknologi dwi-sim ini pada model iPhone yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Kenyataan ini dikuatkan lagi setelah kemaskini terbaru iOS beta memperlihatkan penyediaan teknologi ini.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Selain itu, beberapa penyedia iklan di China sudahpun mengeluarkan gambar promosi bersempena dengan model terbaru iPhone dengan sokongan dwi-sim.

gsmarena_003

Rekaan terbaru bagi model iPhone XC

Penyediaan dwi-sim sekaligus bakal menjadikan model terbaru ini sebagai model pertama dengan dwi-sim daripada iPhone. Buat pengguna Android, ini bukanlah perkara yang baru bagi sesetengah daripada anda.

Anda Mungkin Suka