Berbaki dua bulan sahaja lagi sebelum Apple melancarkan smartphone terbaru mereka dan nampaknya ura-ura bagi model terbaru ini semakin banyak diumumkan.

Terbaru, penganalisa Ming Chi Kuo telah mengumumkan Apple iPhone terbaru bakal hadir dengan beberapa pilihan warna terbaru. Difahamkan iPhone X Plus bakal hadir dengan warna hitam, putih dan emas. Model iPhone X 2019 yang hadir dengan skrin 6.1-inci pula bakal dikeluarkan dengan warna kelabu, putih, biru, merah dan oren.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sekiranya benar, ini merupakan pertama kali Apple mengumumkan warna merah pada pelancaran iPhone selepas iPhone 5C. Kami tertarik untuk mengetahui dengan seleksi warna yang dikeluarkan adakah Apple masih lagi mengekalkan material kaca pada bahagian belakang mahupun tidak.

Difahamkan model terbaru Apple iPhone X Plus 6.5-inci bakal hadir dengan sekitar $1000 manakala model Apple iPhone X 2019 bakal diumumkan dengan harga yang lebih rendah. Harapnya eksklusif model iPhone tidak akan berkurang dengan pengeluaran warna yang ceria dan pelbagai ini.