Disebalik harganya yang mahal, nampaknya smartphone premium daripada Apple iaitu iPhone X tidak mempunyai masalah yang besar untuk menjadi smartphone paling banyak dibeli pengguna.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Strategy Analytics, Apple sekali lagi pada suku tahun pertama tahun ini berjaya menguasai carta penjualan smartphone.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2018-05-08 at 11.44.21 AM

Model-model yang tersenarai adalah iPhone X, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone 7. Ternyata iklan serta penawaran spesifikasi dan jenama smartphone keluaran Apple masih lagi mempunyai tarikan yang tersendiri.

Xiaomi Redmi 5A dan Samsung Galaxy S9 Plus masing-masing berada di tempat kelima dan keenam dengan jumlah penjualan sebanyak 5.3 juta unit.

Pada tahun ini, dijangkakan Apple bakal memperkenalkan tiga model iPhone terbaru dalam membawakan perubahan buat iPhone X. Sekiranya terdapat banyak yang dibuat, tidak mustahil Apple berpeluang menguasai carta smartphone terlaris sekali lagi.