Disebalik kejayaan iPhone X, ada berita kurang enak buat syarikat Apple ini. Foxconn yang merupakan pembekal syarikat Apple telah dilaporkan menggunakan pelajar praktikal bekerja secara haram dengan melebihi masa yang ditetapkan untuk membantu memasang iPhone X. The Financial Times turut melaporkan enam pelajar sekolah menengah memberitahu mereka biasanya bekerja jam 11 jam untuk mewujudkan telefon Apple yang baru. Pelajar praktikal yang bekerja melebihi masa yang ditetapkan merupakan satu kesalahan undang undang di China.

Laporan yang dipetik daripada enam pelajar yang ditemuramah adalah antara sekumpulan 3,000 pelajar dari Sekolah Transit Aliran Zhengzhou Urban. Penuntut sekolah tinggi berkata mereka telah dihantar untuk bekerja di kilang tempatan yang dikendalikan oleh pembekal berasaskan Taiwan Hon Hai Precision Industry atau lebih dikenali sebagai Foxconn pada bulan September. Apple, dalam satu kenyataan, berkata bahawa ia mengambil tindakan jika mendapati pelajar praktikal bekerja lebih masa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →