Sekiranya anda sedang bercadang untuk mendapatkan iPhone X serta menantikan harganya menurun, inilah masanya. Promosi yang dijalankan pada masa terhad ini bakal berlangsung bermula pada hari Ahad lalu dan dijalankan sementara stok masih ada.

Melalui promosi terbaru daripada Apple, pengguna boleh mendapatkan Apple iPhone X 64GB dengan harga yang sama seperti Apple iPhone XR iaitu RM3,599. Promosi yang dijalankan ini sekaligus menawarkan diskaun sebanyak RM700 berbanding harga asal Apple iPhone X.

Promosi ini dijalankan di seluruh kedai Switch selaku pengedar rasmi  Apple Malaysia. Selain itu, pihak Switch turut menawarkan pilihan untuk mendapatkan secara atas talian.

Berdasarkan tinjauan kami di laman atas talian, Lazada juga nampaknya tidak mahu melepaskan peluang dalam mempromosikan Apple iPhone X 64GB dengan harga RM3,399 iaitu diskaun sebanyak RM900.

Apple iPhone X Lazada

Mengulas mengenai adakah Apple iPhone X ata XR yang wajar dijadikan pilihan, kami lebih cenderung untuk mendapatkan Apple iPhone X berikutan penawaran dwi-kameranya serta penawaran skrin OLED dalam memaparkan paparan yang lebih baik berbanding skrin LCD Apple iPhone XR. Klik di sini untuk membuat tempahan melalui Lazada.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.