Hampir setahun dilancarkan secara rasmi, Apple iPhone XR berjaya menjadi antara model yang menjadi pilihan orang ramai pada tahun ini. Menawarkan telefon pintar dengan sistem operasi terkini, serta spesifikasi yang baik antara yang membuatkan iPhone XR menjadi pilihan.

Mengulas dari segi harga, umum tahu produk keluaran Apple seringkali ditawarkan pada harga yang sedikit tinggi berbanding beberapa produk jenama yang lain.

048369f4
Sumber: reviewgeek

Menerusi promosi pertengahan tahun Lazada, Apple iPhone XR buat julung-julung kalinya ditawarkan dengan harga diskaun. Lebih menarik, harga yang ditawarkan sememangnya sangat berbaloi untuk didapatkan lebih-lebih lagi buat anda yang sudah lama mengidamkannya.

Apple iPhone XR yang hadir dengan RM3,599 kini mula ditawarkan secara diskaun sebanyak RM610 dimana anda boleh mendapatkannya dengan harga permulaan RM2,989 sahaja. Selain itu, model dengan ruang storan 128GB dan 256GB turut ditawarkan dengan harga promosi.

iPhpone-XR-unboxings
Sumber: idownloadblog

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan iPhone XR melalui jualan promosi Lazada, kami cadangkan anda untuk bersedia lebih awal kerana promosi masa singkat ini cuma berlangsung pada 7 Julai 2019 pada jam 12 tengah malam sehingga 2 pagi sahaja. Anda boleh klik link ini untuk mendapatkannya.

Oh ya, jangan lupa kongsikan bersama rakan anda yang sudah lama bercadang untuk mendapatkan model terbaru Apple iPhone.

Sumber