Sejak mula dilancarkan pada tahun 2018, Apple iPhone XR yang hadir dengan spesifikasi yang sedikit rendah berbanding dua lagi model iPhone yang dilancarkan serentak nampaknya muncul model paling popular bagi jenama ini.

Menawarkan penggunaan processor yang terkini dengan harga yang lebih mampu milik antara yang menjadi rahsia Apple dalam membuatkan orang ramai tertarik untuk mendapatkan model ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
dims (1)
Sumber: Engadget

Lebih hebat, iPhone XR berjaya muncul sebagai iPhone paling popular bagi suku ketiga tahun 2019 serta turut meneruskan trend yang sama pada suku keempat tahun ini meskipun selepas Apple melancarkan model-model terbaru. Setakat ini, model ini juga berjaya menduduki tempat kelima dalam senarai telefon pintar paling banyak terjual seluruh dunia.

Melihatkan kepada trend iPhone XR, dijangkakan populariti model ini bakal diteruskan oleh iPhone 11 yang turut tampil dengan spesifikasi dengan tanda harga yang hampir sama dengan model ini.

iphone_xr_review_20
Sumber: Tech Advisor

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan iPhone XR, model ini masih lagi releven untuk didapatkan. Ditambah pula dengan promosi daripada Lazada, model ini dilihat sangat berbaloi untuk dimiliki. Klik di sini untuk dapatkan iPhone XR dengan harga RM2,429.

Apple baru-baru ini menawarkan RM6.22 buat mana-mana individu yang mampu menggodam iPhone. Turut dikongsikan, sebanyak enam model iPhone bakal dilancarkan pada tahun 2020.

Apple Tawarkan RM6.22 Juta Buat Individu Yang Mampu Menggodam iPhone

Lebih Enam Model Terbaru iPhone Bakal Dilancarkan Pada Tahun 2020

Sumber