Sejak mula diperkenalkan pada tahun lalu, model Apple iPhone XR berjaya menjadi pilihan pengguna sehingga kini. Menawarkan spesifikasi hebat serta sokongan iOS terbaru membuatkan iPhone XR berbaloi untuk dimiliki berdasarkan harga yang sedikit rendah berbanding model lain.

Mengulas dari segi harga, umum tahu produk keluaran Apple seringkali ditawarkan pada harga yang sedikit tinggi berbanding beberapa produk jenama yang lain.

iphone-xr-review-1540288043
Sumber: Best Products

Menerusi promosi pertengahan tahun Lazada, Apple iPhone XR buat julung-julung kalinya ditawarkan dengan harga diskaun yang berganda. Lebih menarik, harga yang ditawarkan sememangnya sangat berbaloi untuk didapatkan lebih-lebih lagi buat anda yang sudah lama mengidamkannya.

Apple iPhone XR 64GB yang hadir dengan RM2,899 kini mula ditawarkan secara diskaun sebanyak RM400 dimana anda boleh mendapatkannya dengan harga permulaan RM2,499 sahaja. Selain itu, model dengan ruang storan 128GB dan 256GB turut ditawarkan dengan harga promosi.

iPhpone-XR-unboxings
Sumber: idownloadblog

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan iPhone XR atau sudah lama menyimpan hasrat, kami cadangkan anda untuk segera mendapatkan sempena promosi jualan 12.12 ini.

Hal ini tidak lain dan tidak bukan berikutan harga promosi yang tidak masuk akal daripada Lazada pada kali ini. Lebih menarik, para pembeli juga berpeluang membuat bayaran secara ansuran serta pengeposan percuma. Berbaloi bukan?

Oh ya, jangan lupa kongsikan bersama rakan anda yang sudah lama bercadang untuk mendapatkan model Apple iPhone XR.

Pada minggu lalu, Didier Drogba telah menjadi bualan netizen apabila masih lagi menggunakan model iPhone yang lama meskipun bergelar ikon bola sepak terkenal. Turut dikongsikan, ura-ura model iPhone terbaru mungkin tidak lagi membenarkan anda menggunakan earphone berwayar.

Gambar Swafoto Didier Drogba Menggunakan iPhone 6 Tarik Perhatian Netizen

Model Terbaru iPhone Mungkin Tidak Lagi Membolehkan Anda Menggunakan ‘Earphone’ Berwayar