Apple iPhone XS dan XS Max baru sahaja dilancarkan serta berjaya menarik perhatian ramai berikutan teknologi yang ditawarkan. Walaubagaimanapun seperti tahun-tahun sebelum ini, Malaysia sekali lagi tidak tersenarai sebagai antara penawar Apple iPhone terawal.

Perkara ini sekaligus mendesak pengguna Malaysia yang mahu mendapatkan Apple iPhone dengan lebih awal mendapatkannya di Singapura. Dalam usaha untuk memudahkan para pengguna, T-Mobile telah mengeluarkan altenatif dimana anda boleh mula menempah Apple iPhone XS dan iPhone XS Max hanya dengan menempah di portal rasmi Apple di 11street.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Apple-Showcase
Sumber: The National

Dari segi harga, harga yang agak tinggi berbanding set rasmi Malaysia antara yang dijangkakan. Malah harga yang ditawarkans hampir setara dengan harga yang dijual di Singapura. Berdasarkan maklumat di laman jualan, Apple iPhone XS 64GB mula dijual dengan harga RM4,999 manakala model 256GB dan 512GB dijual pada harga RM5,799 serta RM6,699.

Buat anda yang mahu mendapatkan Apple iPhone XS Max, model hadir dengan tanda harga RM5,499 manakala model dengan saiz storan terbesar 512GB telah ditawarkan pada harga RM7,299. Sememangnya harga yang premium buat para peminat iPhone ditawarkan Apple.

Apple iPhone XS 11street

Menariknya, laman ini sudahpun menerima tempahan beserta ansuran 12 bulan serta menjanjikan anda bakal menjadi yang terawal menggunakan Apple iPhone terbaru sekitar 23 September ini. Anda boleh klik disini untuk mendapatkannya.

Sekiranya anda sedang menantikan harga yang sedikit rendah, mendapatkan set Malaysia yang bakal ditawarkan seawal bulan hadapan antara pilihan yang baik.

Sumber