Nampaknya penantian pengguna Malaysia untuk mendapatkan model Apple iPhone terbaru bakal berakhir tidak lama lagi. Model yang mula ditawarkan di beberapa buah negara lain lebih awal ini boleh mula ditempah bermula 19 Oktober ini.

Tarikh penjualan rasmi model ini diseluruh rangkaian Apple seluruh Malaysia pula bakal bermula pada 26 Oktober ini. Berikut merupakan senarai harga bagi Apple iPhone XR, XS dan XS Max:

apple-event-091218-iphone-xr-0827

Apple iPhone XR 64GB – RM3599
Apple iPhone XR 128GB – RM3849
Apple iPhone XR 256GB – RM4299

Apple iPhone XS 64GB – RM4999
Apple iPhone XS 256GB – RM5699
Apple iPhone XS 512GB – RM6649

Apple iPhone XS Max 64GB – RM5399
Apple iPhone XS Max 256GB – RM6099
Apple iPhone XS Max 512GB – RM7049

Nampaknya sudah tidak menjadi rahsia lagi harga Apple iPhone model terbaru semakin mahal dengan penawaran spesifikasi dan fungsi yang lebih canggih. Buat anda yang berminat untuk menjadi yang terawal mendapatkan Apple iPhone model terbaru, anda boleh membuat pra tempahan terlebih dahulu sebelum mendapatkannya pada 26 Oktober ini.

huawei
HYPE
100% Lebih Yakin Beserta Ganjaran & Rebat, Ini 5 Sebab Anda Perlu ‘Bertukar’ Ke Huawei
Baca lagi →