Sejak mula diperkenalkan, Apple iPhone XS Max telah menjadi model iPhone termahal pernah diperkenalkan. Penawaran skrin OLED yang besar serta dwi kamera berkualiti tinggi antara yang membuatkan Apple meletakkan harga yang premium pada model ini.

Walaubagaimanapun, hasrat Apple untuk mendapatkan jualan yang tinggi nampaknya terbantut selepas ketiga-tiga model terbaru mereka gagal meraih jualan seperti yang diinginkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
uploadscardimage8471595cf66602-2926-49e8-9559-d0d50ea2635c.jpgoriginal
Sumber: Mashable

CEO Apple, Tim Cook baru-baru ini turut mengumumkan beberapa model iPhone bakal dikurangkan harga dalam usaha meningkatkan penjualan. Menerusi laman Lazada, didapati model Apple iPhone XS Max telahpun ditawarkan dengan harga yang sedikit rendah dimana model 64GB ditawarkan pada harga RM4,999 sahaja berbanding RM5,399 sebelum ini.

Sekiranya anda sedang bercita-cita untuk mendapatkan model ini, mendapatkan di laman Lazada Laz Mall antara yang terbaik berdasarkan jumlah diskaun yang ditawarkan. Anda boleh klik disini untuk mendapatkannya.

Sumber