Nampaknya penantian pengguna Malaysia untuk mendapatkan model Apple iPhone terbaru bakal berakhir tidak lama lagi. Model yang mula ditawarkan di beberapa buah negara lain lebih awal ini boleh mula ditempah bermula 19 Oktober ini.

Dari segi spesifikasi, model terbaru Apple iPhone XS dan XS MAX ini dilengkapi dengan processor Apple A12 Bionic yang menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 30% berbanding model sebelum ini. Apple juga turut mengatakan processor terbaru ini merupakan processor terbaik pernah dihasilkan buat telefon pintar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https_2F2Fhypebeast.com2Fimage2F20182F082Fapple-iphone-xs-01-1

Mengulas mengenai paparan, kedua-dua disertakan dengan paparan OLED beserta teknologi Super Retina. Apple iPhone XS dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.8-inci manakala iPhone XS Max dengan skrin bersaiz 6.5-inci.

Menariknya, Apple turut menambah fungsi SmartHDR yang menjanjikan kualiti gambar yang lebih menarik berbanding model sebelum ini. Selain itu, para pengguna berpeluang melaras bokeh untuk setiap gambar yang diambil. Berikut merupakan senarai harga bagi ketiga-tiga model Apple iPhone yang ditawarkan.

maxresdefault (1)

Apple iPhone XR 64GB – RM3599
Apple iPhone XR 128GB – RM3849
Apple iPhone XR 256GB – RM4299

Apple iPhone XS 64GB – RM4999
Apple iPhone XS 256GB – RM5699
Apple iPhone XS 512GB – RM6649

Apple iPhone XS Max 64GB – RM5399
Apple iPhone XS Max 256GB – RM6099
Apple iPhone XS Max 512GB – RM7049

Buat anda yang berminat untuk membuat tempahan, anda boleh klik disini untuk menempah di Sen Heng bermula 3 petang ini. Penawaran daripada Sen Heng ini membolehkan anda memilih model iPhone XR, XS dan juga XS Max.

Baca lagi: Apple iPhone XS Max Dinobatkan Telefon Pintar Terpantas