Sejak daripada awal pengenalan Apple iPhone lagi, masalah jangka hayat bateri antara menjadi isu. Buat pengguna biasa, masalah ini mungkin bukanlah sesuatu yang serius namun buat mereka yang gemar menggunakan beberapa aplikasi yang berat, masalah kehabisan bateri dalam tempoh yang singkat pastinya terasa.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menurut laporan daripada KGI Securities, Apple ternyata telah bersedia untuk menawarkan kapasiti bateri yang lebih besar buat Apple iPhone menjelang model tahun hadapan.

OBtFYu33BHuJfHoW

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Sebelum ini Apple iPhone 8 Plus cuma ditawarkan dengan bateri 2,675 mAh dan jangka hayat bateri yang ditawarkan sangat mengangumkan kami. Kami teruja untuk melihat bagaimana pula jika Apple berjaya menawarkan kapasiti bateri yang lebih besar pada model terbaru mereka.

Walaubagaimanapun, kami yakin Apple akan terus komited untuk membawa penambahbaikan baik dari segi software dan hardware bagi membolehkan model seterusnya kekal slim dan mengekalkan rekabentuk yang moden serta membolehkan Apple iPhone kekal lebih lama untuk satu pengecasan penuh.

Baca lagi: Apple iPhone Masa Akan Datang Bakal Hadir Dengan Skrin Boleh Lipat