Selain pengumuman tiga model terbaru; iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR Apple juga umumkan perubahan harga untuk beberapa model mereka dan menghentikan penghasilan beberapa model.

Harga jualan untuk telefon pintar untuk model iPhone 7 dan iPhone 8 di Malaysia mengalami sedikit penurunan dari harga biasa. Untuk iPhone 7 4.7-inci kini ditawarkan pada harga bermula RM2,199, sementara iPhone 7 Plus pula hadir dengan harga jualan bermula RM2,749. Sementara itu, harga iPhone 8 pula ditawarkan pada harga bermula RM2,899, sementara iPhone 8 Plus pula pada harga bermula RM3,299.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seterusnya Apple akan menghentikan penghasilan model iPhone SE, iPhone 6S dan iPhone X kerana akan memfokuskan penghasilan model baharu mereka. Kepada yang tidak mampu, anda boleh mempertimbangkan membeli iPhone 7 dan iPhone 8.

iphone7-malaysia-650×302

iphone8-malaysia-650×270