Laporan keuntungan smartphone sempena 3 bulan terakhir baru sahaja dilancarkan. Dan keputusan yang dipaparkan tidak mengejutkan, Apple iPhone berjaya menguasai carta. Tahniah Tim Cook!

Daripada $9.4 billion yang berjaya dikaut buat pengeluar telefon, Apple berjaya membolot $8.5 billion keuntungan iaitu 91% daripada jumlah keutungan semua. Huawei hadir sebagai pengeluar telefon kedua menguasai keuntungan tertinggi dengan $0.2 billion iaitu 2.4% daripada jumlah keuntungan total.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

iphone7-1

Kehadiran Apple iPhone model terbaru iaitu iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di dalam pasaran antara faktor penting peningkatan penjualan Apple. Selain itu, teknologi serta marketing yang berterusan daripada Apple ternyata berjaya memberi impak buat penjualan mereka.

Kolaborasi Huawei bersama Leica kali ini berjaya membuatkan ramai pengguna beralih kepada jenama ini. Meskipun tidak mengikut trend Xiaomi dan OnePlus yang menjual telefon dengan harga sedikit rendah, Huawei masih mampu untuk menjual produk mereka dengan baik.

screen-shot-2016-11-22-at-7-12-52-pm

Agak mengejutkan apabila melihat HTC dan Sony tidak tersenarai di carta penjualan tertinggi smartphone. Buat Samsung, umum tahu tragedi yang menimpa syarikat ini dan Samsung disahkan rugi pada beberapa bulan terakhir ini.

Peningkatan penjualan Vivo dan Oppo jelas menunjukkan skeptical pengguna terhadap telefon keluaran China telah berkurang setelah kedua-dua jenama ini berjaya memberi saingan buat pengeluar telefon yang sudah lama di pasaran seperti HTC dan Sony.

Sumber