Tahniah sekali lagi buat Apple kerana berjaya mengekalkan rentak sebagai pengeluar smartphone paling dijual bagi tahun 2016. Hebat dari segi software dan hardware serta pemasaran yang berterusan berjaya meletakkan jenama ini sebagai jenama yang paling dimahukan pengguna seluruh dunia.

Apple iPhone 6S berjaya menggunguli carta sebagai smartphone dengan penjualan tertinggi diikuti dengan iPhone 7 dan 7 Plus ditempat kedua dan ketiga. Sesuatu yang hebat daripada Apple memandangkan kedua-dua model ini dijual dalam jangka masa 3 bulan terakhir 2016.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pencabar terdekat Apple iaitu Samsung berjaya menduduki tempat kelima melalui model Samsung S7 Edge sebagai sekaligus dipilih sebagai smartphone dengan penjualan tertinggi bagi platform Android. Seperti juga Apple, penguasaan jenama yang kuat berjaya menarik minat pengguna dengan penjualan yang tinggi bagi smartphone kategori mid-range.

Dengan penguasaan Apple iPhone di dalam pasaran dunia, jelas harga yang mahal bukan masalah untuk Apple menjuarai hati pengguna. Apple bukan sahaja menguasai pasaran melalui model terbaru, malah model terdahulu masih mampu untuk menarik perhatian pengguna. Untuk pengetahuan anda, statistik ini dikeluarkan oleh IHS Market serta merangkumi penjualan smartphone mewakili seluruh dunia.

Sumber