Umum tahu Apple kerap menggunakan aturcara mereka dalam melancarkan model terbaru namun tidak pada kali ini dimana Apple secara mengejut telah melancarkan Apple AirPods Pro.

Pada model kali ini, Apple mahu memberi pengguna pengalaman menggunakan AirPods yang lebih baik lagi dengan penyertaan noise cancelling. Selain itu, rekaannya juga turut diberi kemaskini yang tampak lebih moden dan praktikal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Apple_AirPods-Pro_Expanded_102819
Sumber: Tech Crunch
4raakq8GtvjpJesNU3QDW7
Sumber: Tech Radar

Seperti model AirPods yang diumumkan sebelum ini, AirPods Pro turut menggunakan processor Apple H1 serta menyokong pengecasan tanpa wayar. Difahamkan satu pengecasan penuh AirPods Pro membolehkan pengguna mendengar muzik dengan tempoh 4.5 jam.

Apple AirPods Pro sudah mula ditawarkan di serata dunia. Di Malaysia model ini bakal ditawarkan pada harga RM1,099. Setakat ini masih belum diketahui tarikh penjualan bagi model ini bagi pasaran Malaysia. Turut diumumkan pada awal pagi tadi adalah kemaskini iOS 13.2 yang menyokong akses AirPods Pro.

Pada bulan lalu, Apple telah melancarkan model terbaru iPhone iaitu iPhone 11 Pro. Ketahui lebih lanjut mengenai model ini sebelum anda mendapatkannya dengan klik pautan di bawah.

iPhone 11 Pro Dengan Cebisan Baju Steve Jobs Mula Dijual Dengan Harga RM26,298

Apple iPhone 11 Pro Max Terbukti Mempunyai Ketahanan Bateri Terpanjang

5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11