Melihat kepada tajuknya sahaja mungkin akan membuat anda bingung mengenai harga yang diumumkan Apple mengenai buku keluaran terbaru mereka. Dan ya, ini bukanlah berita troll daripada Apple sempena pelancaran buku fizikal mereka.

Buku yang mempunyai 450 halaman bercetak ini bakal memberikan info kepada pembaca mengenai produk-produk yang pernah dihasilkan Apple. Pihak Apple juga telah melantik Andrew Zuckerman sebagai jurugambar bagi menyediakan gambar-gambar minimalist produk keluaran Apple untuk diterbitkan di dalam buku ini.

designed-by-apple-in-california-photo-book-2 designed-by-apple-in-california-photo-book-3

Menurut John Ive, buku ini bukan sekadar menceritakan mengenai produk keluaran Apple sepanjang beroperasi. Malah, bakal menceritakan bagaimana pasukan Apple membangunkan serta rekabentuk disebalik setiap produk yang dihasilkan. Penggunaan material yang premium adalah antara yang disediakan Apple buat para pembeli buku ini.

Seperti juga iPhone, Buku keluaran Apple ini hadir dengan 2 saiz berbeza. Ukuran 10.20” x 12.75” dan 13” x 16.25”. Masing-masing bakal dijual dengan harga $199 USD (~RM866.85) dan $299 USD (~RM1302.46) di kedai rangkaian Apple atau di laman web Apple.

designed-by-apple-in-california-photo-book-4

Adakah anda sebagai peminat Apple antara yang tidak mahu terlepas peluang mendapatkannya?