Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sekiranya pada bulan lalu Apple telah melancarkan produk AirPods Pro, pada bulan ini Apple telah memperkemaskini siri Macbook Pro dengan menggantikan Apple Macbook Pro 15-inci kepada Apple Macbook Pro 16-inci.

Menawarkan skrin yang lebih besar, Apple nampaknya masih mengekalkan saiz Macbook Pro 15-inci sebaliknya mengecilkan bezel bagi menawarkan paparan yang lebih besar. Model ini dilengkapi dengan Magic Keyboard dimana Apple menjanjikan pengalaman menaip yang lebih baik berbanding sebelum ini.

macbook-pro-1280×720

Sumber: Slash Gear

Apa yang membuatkan model ini ‘Pro’ serta tampil berbeza berbanding model lain adalah penawaran storan SSD sehingga 8TB serta RAM 64GB. Selain itu, model ini turut ditawarkan dengan processsor Intel Core-i7 atau Intel Core-i9. GPU yang digunakan pula adalah AMD Radeon Pro 500M yang berjaya menawarkan kuasa pemprosesan yang mencukupi untuk pengguna menyunting video tanpa sebarang masalah.

Selain itu, Apple Macbook Pro 16-inci masih lagi mengekalkan TouchBar seperti model sebelumnya. Penawaran bateri sebesar 100Wth membolehkan model ini digunakan selama 11 jam untuk satu pengecasan penuh.

Screen Shot 2019-11-14 at 9.22.28 AM

Sumber: Apple

Apple Macbook Pro 16-inci ini nampaknya sudah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula daripada RM10,499 manakala peningkatan spesifikasi bakal ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi. Penawaran model ini sekaligus membuatkan Apple tidak lagi menawarkan Apple Macbook Pro 15-inci.

Pada bulan lalu, Apple telah melancarkan AirPods Pro yang hadir dengan fungsi noise cancelling. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Apple Lancarkan AirPods Pro Dengan Harga RM1,099

Baru Sahaja Dilancarkan, Apple AirPods Pro Sudah Dijadikan Bahan ‘Meme’

Anda Mungkin Suka