Setelah berjaya mencatatkan kegemilangan sebagai syarikat pertama di dunia yang bernilai 1 Trilion, Apple kini bakal melebarkan sayap dalam projek terbaharu iaitu kereta pandu sendiri milik syarikat tersebut.

Untuk merealisasikan projek ini, pihak Apple mengambil langkah bijak dengan melantik bekas jurutera yang pernah berkhidmat dengan syarikat automotif kereta pandu sendiri yang terkemuka, Tesla. Apple melantik Doug Field, seorang jurutera yang pernah berkhidmat di bawah pimpinan Elon Musk dalam menghasilkan kereta pandu sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Projek kereta pandu sendiri oleh Apple ini dikenali sebagai ‘Project Titan’ dijangka akan menembusi pasaran dunia menjelang tahun 2020 hingga 2021. Kereta ini telah mula dipandu uji semenjak setahun yang lalu dan sehingga kini masih dalam tempoh uji kaji untuk memastikan yang terbaik buat peminat setia produk Apple.

Mungkinkah ada warganegara Malaysia yang akan memiliki kenderaan ini suatu hari nanti?