Sebut mengenai jenama Apple pasti ramai yang sudah cukup kenal dengan jenama ini yang menawarkan seleksi barangan premium dengan harga yang tinggi.

Menerusi pembukaan jualan Apple Mac Pro terbaru, Apple melalui laman jualannya telah menawarkan peluang peluang buat orang ramai untuk memilih spesifikasi yang dimahukan.

Main-Timeline.00_01_15_03.Still006
HYPE
Bagai Lilin Yang Membakar Diri, Pak Nil Kongsi Insan Di Sebalik Kejayaan Dalam Hidupnya
Baca lagi →
mac-pro-2019-and-pro-display-xdr-100798228-large

Sumber: Computer World

Seperti bukan lagi kejutan apabila spesifikasi tertinggi Apple Mac Pro dengan penyertaan processor Intel Xenon W 4.4 Ghz 28-core, dua kad grafik Radeon Pro Vega II Duos 128GB, 1.5TB RAM dan 4TB ruang storan SSD ditawarkan pada harga yang tinggi.

Selain itu, para pengguna juga turut berpeluang menambah perisisan Apple Afterburner bagi meningkatkan kelajuan yang berganda untuk suntingan video dengan harga $2,000 (~RM8,326.00).

Apple Mac Pro yang pada mulanya ditawarkan pada harga $6,000 (~RM24,978.00) sedia dimiliki dengan spesifikasi tertinggi seperti yang disebutkan di atas dengan harga $52,599 (~RM218,974). Sebuah harga yang sangat tinggi untuk sebuah desktop.

Screenshot 2019-12-11 at 1.16.28 PM

Sekiranya anda mahukan spesifikasi yang terbaik anda boleh dapatkan daripada desktop Apple, model Mac Pro terbaru dengan spesifikasi terbaru ini antara yang boleh anda dapatkan dengan harga premium ini.

Berdasarkan tinjauan kami, pemilihan spesifikasi ini baru sahaja ditawarkan pada laman Apple di Amerika Syarikat manakala laman Apple Malaysia masih lagi belum menawarkannya kepada umum.

Hangat baru-baru ini apabila muncul ura-ura Apple sedia menawarkan iPhone 9 dengan harga tidak sampai RM2,000. Turut dikongsikan, produk yang baru sahajak dilancarkan Apple pada bulan lalu iaitu Apple Macbook Pro 16-inci.

Apple iPhone 9 Bakal Dijual Dengan Harga Tidak Sampai RM2,000?

Apple Lancarkan Macbook Pro 16-Inci Dengan Harga Bermula Daripada RM10,499

 

Anda Mungkin Suka