Buat anda yang sedang mencari komputer riba baharu apa kata anda lihat Apple MacBook Air baharu. Produk generasi baharu bersaiz 13 inci yang dilancarkan Oktober lalu kini baru sahaja memasuki pasaran Malaysia dengan harga RM5,249 hingga RM11,229 bergantung kepada saiz RAM dan storan yang diingini.

capture-20181206-131909

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Generasi ini menawarkan pemilihan 3 warna identik produk Apple iaitu Space Gray, Gold dan Silver. MacBook Air ini disediakan dengan pilihan storan bersaiz 128 GB, 256 GB, 512GB dan 1.5TB yang turut di sokong dengan sistem pemprosesan Intel Core i5 generasi ke-8.

Antara ciri istimewa yang ditampilkan dalam keluaran terbaharu ini ialah sistem pengimbas jari bagi menggantikan penggunaan kata laluan, port USB-C Thunderbolt, pad sesentuh Force Touch dan butterfly keyboard. Seperti biasa, setiap pembelian akan disertakan dengan pengecas jenis USB-C 2 meter.

macbook-air-201810-gallery2