Apple pada minggu ini tanpa disangka telah membawakan kemaskini atau spesifikasi terbaru bagi model Apple Macbook Pro. Melalui kemaskini terbaru, pengguna yang bakal mendapatkan Apple Macbook Pro bakal disertakan dengan Intel 8th generation, sokongan RAM sehingga 32 GB manakala sokongan storan sehingga 4 TB.

Menariknya, Apple menjanjikan peningkatan prestasi sehingga 70% berbanding model sebelum ini menerusi penggunaan processor terbaru. Selain itu, para pengguna turut menerima sokongan True Tone display pada bahagian Retina display.

apple-macbook-pro-touch-bar-ad-010

Berdasarkan tinjauan kami, lamanĀ Apple Malaysia telah mula memperkenalkan Apple Macbook Pro dengan harga permulaan RM7,499 untuk model 13-inci beserta TouchBar.

Model 15-inci beserta TouchBar mula ditawarkan pada harga RM9,999. Anda juga boleh sertakan spesifikasi Apple Macbook Pro anda melalui tempahan dimana harga bakal mencecah RM 28,486.00. Ada yang berminat?