Apple bukan sahaja mengumumkan pembaharuan buat Apple Macbook, malah syarikat yang berasal dari California ini telah mengumkan harga yang baru kepada hampir semua produk Mac untuk pasaran Malaysia.

Penurunan harga produk Mac yang melibatkan Macbook Air, Macbook Pro,Macbook, Mac Pro dan Mac Mini ini sedikit sebanyak telah memberi peluang yang lebih buat orang ramai mendapatkan produk Apple yang terbaru.

Penurunan harga produk Apple bermula dari RM200 sehingga RM1600 ini bukanlah sesuatu yang memberi perubahan besar pada harga jualan Mac akan tetapi Apple berjaya menawarkan beberapa pembaharuan yang positif.

Screen Shot 2016-04-20 at 5.35.42 PM

Jika sebelum ini model asas Macbook Air akan hadir dengan RAM 4GB, kini model yang sama akan hadir dengan RAM 8GB. Pembaharuan ini memperlihatkan kesemua produk Apple akan hadir dengan model asas 8GB.

Meskipun penurunan harga ini bukanlah perubahan yang drastik, namun sedikit sebanyak bakal merubah trend membeli berikutan perubahan nilai Ringgit Malaysia.

Berikut merupakan beberapa produk Apple selepas penurunan harga:

Screen Shot 2016-04-20 at 5.36.19 PM

Screen Shot 2016-04-20 at 5.36.07 PM

Screen Shot 2016-04-20 at 5.35.18 PM

Sumber