Jika anda merupakan pengguna peranti Apple sudah pasti anda pernah beberapa kali menghadapi kesukaran untuk menggunakan aplikasi Apple Maps, bukan? Baru-baru ini juga aplikasi tersebut mengalami ralat untuk beberapa hari.

Pihak Apple sedar akan masalah ini dan mengambil inisiatif untuk menambah baik aplikasi tersebut dengan mengumpul data sendiri tanpa bergantung kepada sumber luar. Data dikumpul dengan kenderaan mereka sendiri yang dilengkapi dengan sistem kamera dan sensor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

turn-off-speed-limit-indicator-maps-for-iphone-ios-11.1280×600

Walaubagaimanapun setakat ini, Apple Maps versi baru ini hanya boleh digunakan oleh pengguna Apple di sekitar San Francisco menjelang musim luruh nanti iaitu kira-kira pada bulan September nanti.

Kemaskini ini hanya boleh didapati pada versi iOS 12 beta. Pengguna Apple akan mula menggunakan aplikasi ini setelah mengemaskini perisian iOS terbaharu kelak.