Bermula dengan sejumlah kes di China, siapa sangka wabak COVID-19 mampu menjadi sebuah pandemik serta memberi kesan kepada orang ramai seluruh dunia.

Mengetahui wabak ini yang mudah merebak, beberapa lokasi telah dibangunkan sebagai pusat ujian COVID-19 dalam usaha untuk orang ramai khususnya yang menjadi saspek membuat ujian saringan bagi mengesan sama ada dijangkiti wabak COVID-19 atau sebaliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, Apple Maps dijangka tampil dengan fungsi terbaru untuk memudahkan orang ramai dengan memperkenalkan fungsi terbaru pada Apple Maps bagi membolehkan orang ramai menyemak lokasi ujian COVID-19 dijalankan.

photo6098178958852991410

Tidak hanya memaparkan lokasi, para pengguna turut dikongsikan dengan kaedah ujian dijalankan sama ada perlu ke tempat khas atau boleh dilakukan secara pandu lalu.

Setakat ini fungsi ini masih lagi dalam pembangunan dan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Pihak yang bertanggungjawab berpeluang mengisi maklumat dalam usaha untuk membantu Apple dalam mendapatkan informasi penuh mengenai lokasi ujian COVID-19 dalam membantu orang ramai.

Setakat percubaan kami, masih belum terdapat lokasi di Malaysia yang menyokong fungsi terbaru daripada Apple Maps setakat ini.

Apple yang sebelum ini dijangka memperkenalkan model iPhone terbaru pada 31 Mac terpaksa menagguhkan pelancaran berikutan wabak COVID-19.

Pelancaran Apple iPhone 9 Ditangguhkan Berikutan Wabak COVID-19

Rekaan Konsep iPhone 12 Dengan Kuad-Kamera Diperlihatkan

Sumber