Apple mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat ralat pada sistem navigasi dan carian pada Apple Maps untuk beberapa waktu hari ini.

Apple Maps merupakan aplikasi yang menawarkan perkhidmatan navigasi khas untuk peranti yang menyokong iOS sama seperti Google Maps dan Waze. Setakat ini belum ada pengumuman terbaharu mengenai tarikh dan masa untuk sistem ini kembali pulih sedia kala.

Kepada orang ramai yang ingin menggunakan aplikasi pemetaan, anda disarankan untuk menggunakan aplikasi yang lain seperti Google Maps atau Waze untuk membantu melancarkan perjalanan anda.