Apple baru sahaja mengumumkan tablet terbaharu mereka iaitu iPad generasi ke-10 dan iPad Pro yang dijana dengan cip M2. Pada kali ini, kedua-dua tablet menampilkan beberapa perubahan menarik untuk meningkatkan pengalaman penggunaan yang baik di dalam seharian.

Antara perubahan yang dibawakan merangkumi rekaan yang dikemas kini, kedudukan kamera hadapan serta penggunaan cip pemprosesan yang lebih berkuasa. Mari kita lihat spesifikasi penuh bagi kedua-dua iPad generasi baharu yang dilancarkan pada pagi tadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

iPad 10th Gen

Sumber Gambar: Apple

iPad baharu ini mempunyai paparan skrin Liquid Retina bersaiz 10.9-inci serta dijana bersama cip Apple A14 Bionic dan paling menarik sekali hadir dengan pengecas berasaskan USB-C. Selain itu, terdapat sokongan sambungan WiFi 6 dan juga rangkaian 5G bagi selular.

Kamera hadapan mempunyai 12 megapixel yang boleh merakam video dengan jelas sementara kamera hadapan pula hadir dengan 12 megapixel bersama lensa sudut ultra lebar. Dari segi aksesori, iPad turut menyokong papan kekunci Magic Keyboard Folio serta input berasaskan Apple Pencil Gen 1.

Sumber Gambar: YouTube

Seperti versi iPad Pro, iPad generasi ke-10 turut menyertakan sistem operrasi iPadOS 16 yang hadir dengan sejumlah ciri-ciri baharu yang boleh memudahkan anda melaksanakan tugasan seharian.

Di Malaysia, iPad generasi ke-10 ini ditawarkan pada harga bermula RM2,099 untuk versi WiFi 64GB sementara versi selular pula bermula dengan harga RM2,849.

iPad Pro M2

Sumber Gambar: Apple

iPad Pro generasi ke-6 pada kali ini dijana dengan cip pemprosesan yang canggih iaitu M2 yang mana turut digunakan pada MacBook Pro yang diperkenalkan pada awal tahun ini. Model ini juga hadir dengan pilihan saiz skrin 12.9-inci dan juga 11-inci  dengan sokongan refresh rate 120Hz.

Kedua-dua tablet ini hadir dengan sokongan input berasaskan Apple Pencil serta mempunyai sokongan WiFi 6E dan juga menawarkan sokongan 5G untuk model selular. iPad Pro turut menyertakan sambungan USB-C bagi memudahkan sebarang sambungan dihubungkan pada sejumlah aksesori termasuklah monitor.

Sumber Gambar: YouTube

Di samping itu, iPad Pro kali ini dilengkapi dengan sistem operasi iPadOS 16 yang menawarkan sejumlah ciri menarik termasuklah Stage Manager untuk multiasking dengan efisien dalam seharian. Dari segi rekaan pula, tiada sebarang perubahan ketara yang ditampilkan pada kali ini.

Apple sedia menawarkan tablet iPad Pro M2 bersaiz 11-inci pada harga bermula RM3,899 sementara model 12.9-inci pula dijual pada harga bermula RM5,399. Setakat ini, tarikh penawaran di Malaysia masih tidak diketahui lagi.

Sumber