Kecoh pada minggu lepas selepas didapati model-model iPhone 7 dan sebelumnya telah diperlahankan oleh pihak Apple melalui kemaskini iOS terbaru. Keadaan menjadi lebih parah setelah mengakui sengaja memperlahakan prestasi iPhone dengan tujuan untuk menjaga bateri iPhone daripada muda terpadam.

Berdasarkan insiden yang berlaku, ramai yang kurang berpuas hati dengan tindakan Apple apatah lagi pengguna iPhone 7 yang baru sahaja mendapatkan iPhone mereka pada tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

iPhone-7-teardown-iFixit-008

Perkara ini sekaligus telah membuatkan Apple disaman oleh pelbagai pihak dan difahamkan jumlah tertinggi saman yang diterima Apple adalah sebanyak $999 bilion (~RM4.05 trilion).

Apple pada hari ini ini telahpun membuat permohonan maaf kerana telah membuatkan para pengguna kecewa dan tidak sepatutnya memperlahankan prestasi iPhone meskipun bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat sesebuah  iPhone.

Sebagai tanda maaf, pengguna Apple serata dunia dan Malaysia telah ditawarkan promosi khas untuk penukaran bateri bagi membolehkan para pengguna mendapatkan prestasi asal iPhone mereka.

Antara model yang terpalit dengan masalah bateri

Difahamkan harga bateri iPhone yang sebelum ini dijual dengan harga $79 (~RM321) telahpun dikurangkan kepada $29 (~RM117). Promosi ini bakal mula berlangsung pada Januari 2018 ini sehingga Disember 2018.

Para pengguna akan turut menerima kemaskini iOS terbaru daripada Apple untuk mengetahui bilakah masanya bateri iPhone wajar ditukar. Apakah pendapat anda mengenai langkah yang dilakukan oleh Apple ini. Adakah anda berpuas hati atau sebaliknya? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.

Baca lagi: Lelaki Ini Berpendapat Produk Apple Mungkin Tidak Berbaloi Untuk Dibeli